Ukhuwah Mensinergi Kekuatan Ummah

Bangunlah Gergasi Tidur!!!
Tuesday, June 11, 2013 | Author: Fakhrullah Bin Mawardi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM



The Sleeping Giant

“The poison is injected
The giant is asleep
He’s chain into sections
To keep him off his feet
The mission is forgotten
The bond is getting weak
Wake up oh Muslim Ummah
Before we face the heat.”
(Sleeping Giant, Soldier of Allah)

Sebuah lagu yang mungkin ramai tidak tahu akan keberadaannya berbanding lagu-lagu sensasi dari artis-artis keduniaan semata sudah cukup menjadi bukti lirik lagu di atas yang menyatakan umat Islam sudah diracun sehingga tertidur dan terlena dalam buaian musuh Islam. Racun yang membuatkan ramainya umat Islam sehingga jumlahnya sebesar gergasi hanya tertidur lena sehingga terlupa akan misi utama umat Islam dan akhirnya ikatan umat Islam melemah saban hari.

Kita perhatikan isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam samada saudara di Palestine, Syiria, Rohingya, Filipina, Thailand, Kemboja, Sri Lanka, penghinaan karikatur Rasulullah SAW, Filem anti-Islam, dan banyak lagi penindasan dan penghinaan mengenai Islam namun sayangnya tidak ramai Umat Islam yang ada kesedaran dalam hati bahkan tidak peduli mengenai isu-isu ini.

Dimanakah pembuktian ayat "Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara"???, sabda Rasulullah SAW "Umat Islam umpama satu tubuh badan"???, "Umat Islam umpama sebuah bangunan"???, jika kita langsung tidak ingin mengambil tahu apatah lagi untuk membantu umat Islam lainnya??? Tidakkah kita ingat pesan Rasulullah SAW kepada kita:

"Tidak sempurna iman seseorang antara kamu sebelum kamu mencintai saudaramu, sepertimana kamu mencintai dirimu sendiri"[HR Bukhori Muslim]

Saya yakin kita tidak suka untuk disiksa apatah lagi dibunuh keluarga kita? Begitulah juga sepatutnya perasaan kita ketika perkara tersebut melanda umat Islam lainnya. Pernah atau tidak kita bayangkan, hayati dan tangisi betapa peritnya keadaan umat Islam yang disiksa umpama binatang? Dipatahkan kaki dan tangan, dirogol anak dan isteri bahkan dibunuh ahli keluarga di hadapan mata? Pepatah inggeris ada menyatakan, "Put yourself in their shoes" atau letakkan diri kita di tempat mereka, agar kita mampu berkongsi rasa apa yang dihadapi mereka.



Masalah utama yang menghalang kita untuk membuktikan hadis di atas adalah sikap pentingkan diri sendiri, individualistic atau "Ananiyyah" yang sangat tinggi. Istilahnya tidak mahu jaga tepi kain orang, sedangkan kita memang patut mengambil tahu dan prihatin kepada saudara Islam yang lain. Ayuh selepas ini kita pastikan sentiasa mengambil tahu info terkini umat Islam, sebarkan info tersebut lalu lakukan sebuah tindakan dalam bentuk sumbangan tenaga dan harta serta doa yang kita lantunkan.

Hujan Peluru Di Negara Orang, Hujan Maksiat Di Negara Sendiri

Jika negara lain dilanda ujian dalam bentuk penindasan umat Islam, negara kita pula dilanda ujian dahsyatnya kemaksiatan. Jika dalam post saya yang lepas (6 Anak Luar Nikah / Jam) ada kongsikan statistik anak luar nikah, kali ini saya kongsikan statistik individu yang melakukan perzinaan untuk mendapatkan statistik anak luar nikah tersebut.


Pada tahun 2000-2008, seramai 257,411 anak luar nikah yang didaftarkan, dan pasti memerlukan lelaki dan wanita yang melakukan perzinaan iaitu sebanyak 514,822 pelaku zina dalam masa 8 tahun. Kita buat perkiraan untuk mendapatkan angka dalam masa sehari kita akan dapati 176 orang berzina setiap hari. Dahsyatnya kemaksiatan!

Adakah Malaysia makin beriman? Statistik seterusnya pada tahun 2008-2010, anak luar nikah sebanyak 152,182 yang juga bermaksud seramai 304,364 pelaku zina dalam tempoh itu. Perkiraan statistik untuk sehari pula kita akan dapati 278 pelaku zina setiap hari. Makin dahsyatnya kemaksiatan! Ini baru satu isu kemaksiatan yang berlaku di Malaysia dan banyak lagi isu-isu kerosakan umat Islam seperti murtad, perceraian, hedonisme, dan lainnya.

Saya kongsikan perkara ini bukan untuk memburukkan mereka, tapi berbalik kepada kita semua umat Islam untuk mengasihani dan mengambil peduli terhadap mereka. Umat Islam di negara kita perlu diselamatkan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya, Fiqh Al-Aulawiyat (Fiqh Keutamaan) beliau mengatakan:

"Kita lebih perlu mengislamkan orang islam dahulu daripada mengislamkan yang bukan islam"

Bangunlah Gergasi Islam!!!

Apa yang perlu kita lakukan setelah mengetahui dan menyedari keadaan dunia Islam hari ini? Dalam buku yang bertajuk "Tariq ad-Dakwah" yang dikarang oleh Syeikh Mustafa Mahsyur, beliau memberikan sebuah perumpaan yang sangat menarik untuk kita fikirkan.

"Umat Islam hari ini umpama manusia yang sedang tidur dalam rumah yang sedang terbakar, lalu ada diantara mereka yang telah bangun dan sedar bahawa rumah sedang terbakar dan ingin mengejutkan manusia lainnya daripada terbakar"

Itulah yang harus kita lakukan, mula dengan letakkan kesedaran dan perubahan dalam diri, lalu kita kejutkan saudara-saudari seislam lainnya yang sedang lena dibuai mimpi dunia. Jika kita tidak kejutkan diri kita dan orang lain, maka kita akan berada dalam rumah yang terbakar, api Neraka.

Setiap individu ada peranannya masing-masing dalam merealisasikan bangkitnya gergasi Islam. Bermula dari diri sendiri untuk bermujahadah melawan hawa nafsu dan bisikan syaitani, ibubapa yang harus menggalakkan dan bukan melarang anak-anak mereka mempelajari ilmu agama, masyarakat yang harus prihatin menegur perlakuan salah walaupun bukan anak mereka dan akhirnya kita harapkan pemimpin yang mampu menegakkan hukum Islam di dalam pemerintahan secara bertahapan disertai dengan kefahaman kepada seluruh rakyat.


Ayuh umat Islam, jumlah kita yang ramai jangan hanya menjadi buih-buih yang mudah pecah bila diuji. Tingkatkan lagi keimanan dan amal kebaikan kita semua lalu bersama menjadi Khairah Ummaah (umat yang terbaik) yang menyeru kepada kebaikan serta mencegah dari kemungkaran sebagai pembuktian iman kita kepada Allah SWT.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah."[QS al-Imran, 3:110]

3 Golongan Umat Islam

Umat Islam hari ini saya perhatikan tergolong dalam 3 golongan:

1. Umat islam yang memburukkan Islam
2. Umat Islam yang hanya ingin menjaga Islam dalam diri.
3. Umat Islam yang ingin menjaga Islam dalam diri dan mendakwahkannya kepada orang lain.

Golongan pertama kita mampu melihat orang Islam namun seperti bukan orang Islam yang tidak mempraktikkan Islam dalam kehidupan bahkan mengamalkan budaya rosak dalam kehidupan yang pasti melemahkan kekuatan Islam. Golongan kedua pula merasa cukup untuk menjaga Islam di dalam diri sendiri sahaja.

Manakala golongan ketiga adalah orang islam yang mencintai Islam dan sanggup memperjuangkan Islam demi mengembalikannya di puncak kegemilangan. Anda ingin berada di golongan yang mana? Tepuk dada tanya iman. Semoga post kali ini mampu membangkitkan kesedaran dan semangat semua Umat Islam untuk berganding bahu dan bangkit umpama gergasi yang sangat kuat lalu menghancurkan musuh-musuh Islam semuanya. InsyaAllah.
Links to this post
Majalah SINERGI Edisi Istimewa [Aishiteru]
Friday, June 07, 2013 | Author: Fakhrullah Bin Mawardi
Dengann Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah.akhirnya, setelah SINERGI lepas telah mencecah lebih 70,000 naskah terjual..Kini SINERGI Edisi Ke-10 yang merupakan edisi istimewa dan edisi bumper pula yang akan bertemu dengan semua pembaca minggu hadapan dengan membawa pelbagai keistimewaannya tersendiri..namun sebarang tempahan kami sudah bersedia untuk menerimanya..

Isu yang dibahaskan dalam Edisi kali ini merupakan isu yang sangat hangat melanda remaja kita dewasa ini, iaitu CINTA..Semoga dengan ilmu dan kefahaman yang diselitkan dalam SINERGI edisi kali ini mampu menyelesaikan masalah ujian CINTA dalam diri remaja itu sendiri..

Antara keistimewaan lain untuk sajian kita semua:
-konsep yang lebih santai & ceria khas untuk remaja
-rubrik2 baru seperti seputar teknologi, bicara siswa, sentuhan tarbiyyah, etc
-edisi kali ini yang agak tebal dengan muatan pelbagai karya seputar cinta spt (cinta sebelum nikah, couple?, tidak malu dalam bercouple, mahu berhenti couple?, survey tentang cinta, dan banyak lagi.
-komik2 bertemakan cinta yang mendidik jiwa
-dan banyak lagi keistimewaan yg lain khas untuk edisi bumper sahaja..

Kali ini, kami juga membuka kepada semua peluang untuk membeli secara borong dengan harga yang menarik untuk ktia semua memberikan dokongan menyebarkan SINERGI di tempat kita..Boleh terus hubungi kami melalui emel synergymedia2010@gmail.com atau 019-4544871.

Pengedar-Pengedar Utama yang boleh dihubungi:
1. Utara (Perak, Kedah, Penang & Perlis) : Fakhrullah (019-4544871)
2. Tengah & Selatan (Selangor, KL, Melaka, N9 & Johor) : Nor Suhaila (019-4505536)
3. Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) : Siti Rahayu (013-9489809)
4. Sabah : Siti Hajar Dzulkapli (019-5313605)
5. Sarawak : Syahir (013-4606006)


Mohon kepada semua Ikhwah Akhwat, kwn2, keluarga, dan semua muslimin & muslimat untuk LIKE & SHARE post ini ya..Jazakumullahukhoir..^.^..
Links to this post
Seminar Total Quality Management
Tuesday, June 04, 2013 | Author: Fakhrullah Bin Mawardi
Dengan Nama  Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Program Asli : SaBaHaNmUsLiM



E-melkan borang pendaftaran ke fakhrullah90@gmail.com
Links to this post
Related Posts with Thumbnails

Tempahan Al-Quran & Hadis Arbain

Ayuh Survey Majalah SINERGI!!!

Ayuh Survey Majalah SINERGI!!!
Mohon jasa baik anda untuk kami memperbaiki dan meningkatkan mutu majalah SINERGI..Semoga sudi meluangkan sedikit masa menjawab beberapa soalan suuvey ini..Sila click gambar untuk pergi ke link survey..Terima kasih..

Perkongsian Bersama

Kepada yang ingin berkongsi e-book untuk ana upload di ruangan perkongsian ini boleh hantar e-book antum ke sabahanmuslim@gmail.com..jazakumullah khair..
There was an error in this gadget

.


Myspace Heart Generators